ISKANDAR PUTERI: Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) Benjamin Mora amat berbangga dengan pemainnya selepas kelab itu mencipta sejaranya tersendiri dengan layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC (ACL).
Mora berkata sebagai sebuah kelab kecil di Asia, JDT telah menunjukkan kejayaan luar biasa dengan menewaskan Ulsan Hyundai FC dari Korea Selatan, yang merupakan juara ACL 2020.
"Kami tidak pernah berhenti percaya...pasukan Korea tentunya gergasi Asia...separuh akhir pada 2021 dan juara 2020.
"... dan kini kami keluarkan mereka dari kejohanan, JDT cuma sebuah kelab kecil dari Johor... jadi saya amat berbangga," katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini malam ini.
Mora berkata gol sendiri Park Yong-Woo pada minit ke-94 merupakan satu nasib tidak baik buat Ulsan Hyundai, tetapi ia terhasil daripada serangan yang agresif JDT bagi menempah tempat dalam pusingan 16 pasukan ACL.
"Pertamanya kesemua gol dalam bola sepak terjadi akibat kesilapan, sama ada 'pitch' yang tinggi atau rendah, bahagian kiri atau kanan... akhirnya jika ia masuk ke dalam gol... ia disebabkan kesilapan.
"Kesilapan itu digerakkan oleh kepercayaan dan keagresifan kita untuk bergerak ke hadapan dan percubaan untuk mencari gol. Bagaimana cara ia dijaringkan, kiraan gol itu tetap sama," katanya.
Sementara itu Ketua Jurulatih Ulsan Hyundai Hong Myung Bo menyatakan rasa kekecewaannya.
"Cuma terdapat satu pilihan... menang perlawanan, tetapi yang lepas tetap lepas, dan walaupun sukar dengan jadual yang padat, pemain telah lakukan yang terbaik.
"Pada separuh masa kedua, minit-minit terakhir kami tukar formasi dan keputusannya kami gagal," katanya.
JDT membuka lembaran baharu kepada bola sepak Malaysia selepas menjadi kelab tempatan pertama untuk layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) dengan mengalahkan Ulsan Hyundai 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim, petang ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 30 2022
Mora berkata JDT telah menunjukkan kejayaan luar biasa dengan menewaskan Ulsan Hyundai FC dari Korea Selatan, yang merupakan juara ACL 2020. - Gambar fail/ Bernama
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Jangan perkenalkan dasar yang bebankan rakyat miskin - PM
Kekangan hasil dan perbelanjaan tidak berhemat menyebabkan kerajaan menanggung bebanan hutang. Timbunan hutang hanya membazirkan wang rakyat kerana banyak dihabiskan untuk bayar faedah hutang.
[TERKINI] Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Hentikan amalan sakau wang rakyat, kayakan diri dan kelompok kecil - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan mewarisi negara dalam keadaan sukar, termasuk hutang negara yang tinggi dan kenyataan itu seolah-olah cuba dipadamkan sesetengah pihak.
Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN
Bagaimanapun, hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel - PM Anwar
Dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar RM4 bilion setahun.
Rasuah adalah barah utama yang melemah ekonomi negara, menjatuhkan moral rakyat - PM
Kelemahan tatakelola dan amalan rasuah sudah sistemik, dari peringkat atas, peringkat penengah hingga ke peringkat bawahan.
Liga Super: JDT catat kehadiran penyokong tertinggi perlawanan kedua
JDT menerima kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim dan menyaksikan tuan rumah berjaya melakar kemenangan 3-1.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
JDT terus kuasai Asia Tenggara
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
'Sedih julang piala dengan cara ini' - Tunku Mahkota Ismail
Pemilik JDT Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih untuk menjulang Piala Sumbangsih 2024 dengan cara berbeza.
Perlawanan Sumbangsih dibatalkan, JDT dapat kemenangan percuma - MFL
MFL berkata, pembatalan itu susulan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan berkenaan.
JDT gesa PDRM segera siasat insiden serangan ke atas pemain
Pasukan JDT turut menzahirkan kerisauan berkaitan keselamatan pemain susulan serangan yang berlaku berhampiran pusat latihan kelab itu.
JDT tingkatkan tahap keselamatan pemain
JDT menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat insiden yang melanda pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Aksi sumbangsih: 1,500 polis kawal keselamatan di Stadium Sultan Ibrahim
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi mengawal keselamatan pada perlawanan sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Jumaat ini.
Tunku Mahkota Ismail kecam insiden libatkan Faisal, Akhyar
Baginda berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera siasat kes tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.